GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA



NAMA AHLI KUMPULAN:
i. SITI AISYAH ADDINNA BT AYUB (02DSK16F2028)
ii. JOHANNAH ATIKAH NURAHIM BT ABD RAHIM (02DSK16F2024)
iii. WAN DURRAH SYAHMINA BT MOHD MUKTI (02DSK16F2032)
iv. HUSNA INSYIRAH BT ISMAIL (O2DSK16F2016)
v. NUR AMANIENA BT MAT SALLEH (02DSK16F2006)

1.0   PENGENALAN

Bismillahirahmanirahim..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya  serta rahmatNya dapat kami bekerjasama dalam satu kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami.

Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada pensyarah Pengajian Dalam Islam kami iaitu Puan Wahidah binti Mat Said kerana  tidak putus-putus memberi kami tunjuk ajar serta teguran tentang topik yang diberikan untuk kami kupas dengan lebih lanjut.  Bukan itu sahaja,kami juga mahu memberikan penghargaan kepada diri kami sendiri semua sebagai satu kumpulan kerana berjaya memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan efolio ini.


Kumpulan kami telah memilih tajuk Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dimana tajuk ini seperti yang kita semua tahu sangat biasa terjadi di kalangan masyarakat kita dan seharusnya diberikan pendedahan yang lebih mendalam untuk masyarakat umum tahu apa itu sebenarnya gangguan seksual. Ini kerana kebanyakan masyarakat kita tidak boleh membezakan situasi mana seharusnya digelar sebagai gangguan seksual dan apa daya tarikan yang memboleh kan seseorang itu berada dalam situasi ganguan seksual di tempat kerja.

Berikut merupakan statistik terkini mengikut negeri di seluruh Malaysia tentang bilangan kes gangguan seksual di tempat kerja dari tahun 2012-2013

2.0 DEFINISI
Apa Itu Gangguan Seksual?
Menurut Abd Rahim Abd Rashid dalam bukunya Gangguan Seksual, “Gangguan Seksual adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima, baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual, pernyataanyang bersifat menghina secara tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah  atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman atau intimidasi di persekitaran tempat dia bekerja.

Gangguan seksual merupakan suatu fenomena negatif di tempat kerja yang boleh memberi kesan buruk kepada pekerja yang menjadi mangsa. Perilaku ini, jika dibiarkan berlaku secara berleluasa boleh menjejaskan produktiviti dan meningkatkan bebas kos kepada organisasi berkenaan. Sungguhpun gangguan seksual merupakan suatu masalah sejagat, namun interpretasi dan penerimaan sesuatu perilaku dalam hubungan interpersonal di tempat kerja bergantung kepada persepsi dan budaya sesebuah masyarakat. Walaubagaimanapun, banyak kemajuan telah dicapai dalam usaha untuk membendung gejala negative ini. Di Malaysia misalnya, Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan kod amalan pencegahan dan pembasmian gagguan seksual di tempat kerja sebagai mekanisma dalaman untuk mencegah, menangani dan membasmi masalah ini.

Gangguan seksual di tempat kerja telah lama wujud, iaitu semenjak kaum wanita mula memasuki dunia pekerjaan sebagai tenaga kerja dalam organisasi.  Walaubagaimanapun, perilaku ini pada masa itu tidak mendapat perhatian dan tidak dilaporkan sebagai suatu masalah.  Hanya pada pertengahan tahun 70-an, isu gangguan  seksual mulai mendapat perhatian dan juga dianggap sebagai suatu perilaku yang negative. Amerika syarikat  merupakan negara pertama yang menggangap gangguan seksual sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual yang patut diharamkan.



2.1.0 JENIS-JENIS GANGGUAN SEKSUAL

*      2.1.1 Gangguan lisan
Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan berunsur lucah.

2.1.2 Gangguan dari segi isyarat
Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.



2.1.3 Gangguan visual
Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

    2.1.4 Ganguan psikologikal
Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

2.1.5 Gangguan fizikal
Contoh: Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.
mereka yang paling banyak menjadi mangsa ganguan seksual ini..adalah golongan wanita. Terutama golongan wanita yang berkerja. Gangguan ini sebenarnya adalah satu perkara yang tidak baik.


2.2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GANGGUAN SEKSUAL

      2.2.1 Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik
- Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita.  Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung diganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berpewatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual.


      2.2.2 Kuasa
- Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual.  Mwngikut teori organisasi menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi.  Tidak kira lelaki atau wanita di peringkat atasan, dengan adanya kuasa, mereka akan cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka.  Dengan menggunakan kuasa mereka, mereka mampu untuk menggugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.

      2.2.3 Perbezaan hormon
- lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual.  Ia berlaku seolah-olah diluar kawalan penggangu tersebut.  Walau bagaimanapun, tingkah laku penggangu tersebut berlaku secaratidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang dikhalayak ramai.



      2.2.4 Komposisi lelaki dan wanita
- Punca gangguan seksual juga boleh dilihat menggunakan teori demografi. Teori demografi pula mengutarakan bahawa ia berlaku kerana komposisi lelaki dan wanita ditempat kerja yang tidak simbang.  Perkara tersebut seterusnya merangsang gangguan seksual di tempat kerja.  Sekirannya tempat kerja tersebut akan cenderung mengalami gangguan seksual.

      2.2.5 Sistem yang membezakan peranan lelaki dan wanita
*   - Gangguan seksual ini berlaku disebabkan cara seseorang itu dibesarkan dalam sistem yang membezakan antara peranan lelaki dan wanita.  Seperti diketahui peranan lelaki dan wanita berbeza dan mempunyai garis pembahagi yang ketara.  Lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang berbeza.  Lelaki dipertanggungjawabkan dengan tugas yang lebih besar dan berat berbanding wanita.  

2.3.0 KESAN-KESAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

*      2.3.1 Kerjaya.
Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri  untuk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat kerjaya.



*      2.3.2 Fisiologi.
Dari aspek implikasi fisiologi, mangsa mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan atau mempunyai berat badan yang sering berubah.



*      2.3.3 Malu.
Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul bersama rakan-rakan sepejabatnya.



*      2.3.4 Ketakutan dan Kecurigaan.
Perasaan ketakutan merupakan kesan emosi yang sering dialami mangsa. Ketakutan ini muncul dalam bentuk takut kepada orang tertentu, bentuk tubuh tertentu, dan tempat tertentu. Selain itu,  mangsa gangguan seksual sering menjadi ‘paranoid’ kepada orang tertentu, orang asing yang tidak dikenalnya, serta tempat asing yang belum pernah dikunjunginya.


2.4.0  PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MENGALAMI GANGGUAN SEKSUAL

Pelbagai langkah perlu diambil majikan dan pekerja dalam menangani dan mencari penyelesaian kepada masalah ini. Majikan dan pekerja juga perlu bekerjasama untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku di dalam organisasi. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

*      2.4.1 Polisi Gangguan Seksual
Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut.

*      2.4.2 Memberikan Informasi
Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada pekerja-pekerja di dalam syarikat seperti:
         Mengadakan seminar-seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual dan apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah, mendakwa telah diganggu secara seksual.
         Membuat satu mesyuarat untuk ,menerangkan polisi anti-gangguan seksual yang  wajib dihadiri semua kakitangan syarikat supaya semua orang dalam syarikat itu mampu untuk memahami polisi-polisi dan kesan akibat gangguan seksual.
         Penyelia latihan adalah sangat penting. Dalam banyak keadaan, individu-individu ini akan menjadi baris pertama perlindungan gangguan seksual. Mereka harus mahir dalam bagaimana untuk mengendalikan kes-kes gangguan seksual.

*      2.4.3 Sentiasa Peka Di Tempat Kerja
Syarikat khususnya bahagian sumber manusia harus peka dengan keadaan di tempat kerja. Sekiranya wujud sebarang kesangsian, tanya pekerja sama ada mereka mempunyai sebarang kebimbangan. Sekiranya ada apa-apa yang membuat perlakuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai gangguan seksual sama ada dengan melihat atau mendengar maka syarikat harus segera mengambil tindakan sewajarnya jika gangguan seksual disyaki.

*      2.4.4 Mewujudkan Persekitaran Anti Gangguan Seksual
Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini. Siasatan perlu sentiasa dikendalikan secara profesional dan tiada aduan yang akan diketepikan. Majikan sebenarnya boleh didakwa kerana gagal untuk menyiasat kes gangguan seksual dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pastikan pekerja boleh berasa selamat dan selesa apabila mereka bekerja.



*      2.4.5 Bertindak dengan yakin
Setiap wanita ataupun lelaki di tempat kerja haruslah  mempunyai sifat ketegasan dan keberanian, Ini adalah kerana individu yang lemah sering disasarkan sebagai mangsa. Sekiranya mereka tersebut berdepan dengan gangguan seksual, perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan bertindak dan bercakap dalam cara yang kuat dan yakin, Setiap individu haruslah mengelakkan diri mereka daripada banyak keadaan di mana gangguan seks mungkin boleh  berlaku. Biar semua orang di dalam syarikat tahu bahawa gangguan seksual tidak akan diterima. Jika seseorang membuat komen lucah, minta mereka untuk tidak berbuat demikian. Pastikan kedudukan pekerja mengenai perkara ini jelas.



*      2.4.6 Berpakaian dan bertindak sederhana
Ia adalah penting untuk memahami bahawa sesetengah orang meletakkan diri mereka di dalam masalah tanpa disedari, dalam keadaan yang boleh dipersoalkan. Mereka boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan kepada gangguan seksual  dengan berpakaian atau bertindak secara tidak wajar. Contohnya,  berpakaian jarang dan mencolok mata ke tempat kerja sehingga mendedahkan tubuh badan adalah sangat tidak wajar. Sememangnya mangsa tetap tidak bersalah sekiranya gangguan seksual itu berlaku terhadap dirinya, tetapi ia adalah penting untuk menjauhkan diri pekerja sebanyak mungkin daripada situasi di mana tindakan tersebut boleh berlaku.

*      2.4.7 Bekerja dengan syarikat yang sesuai
Pemilihan tempat kerja adalah sangat penting. Sekiranya pekerja terdedah dengan gangguan seksual dan pada masa yang sama pekerja mempunyai majikan yang tidak mengambil berat, sebaiknya pekerja meninggalkan syarikat itu. Ini adalah kerana sekiranya sesuatu berlaku, kemungkinan pekerja tidak akan mendapat sokongan  majikan adalah sangat tinggi. Selain itu, mereka digalakkan tidak mengekalkan hubungan dengan individu yang mereka berasa tidak selesa untuk bekerja bersama. Jauhkan diri daripada individu yang suka menggunakan perkataan dan tindakan yang bersifat seksual sebaliknya hanya berkawan dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai dan dihargai.


3.0 KESIMPULAN

Alhamdulilah kami ucapkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin Nya kami sekumpulan dapat menyiapkan efolio ini yang bertajuk Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Jujur kami katakan bukan mudah untuk kami menyiapkan efolio ini tapi dengan tunjuk ajar yang diberi serta komitmen yang dihulurkan oleh setiap daripada kami membuatkan kami mudah untuk menyiapkan efolio ini. Terdapat beberapa kesimpulan yang dapat kami simpulkan apabila mengkaji topik yang telah dipilih oleh kami ini, dan disini kami nyatakan kesimpulan yang diprolehi daripada topik itu sendiri.

Kesimpulannya, gangguan seksual merupakan satu bentuk salahlaku yang serius di tempat kerja.  Ia boleh dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalami gangguan emosi dan mental yang serius.  Beberapa kemajuan telah dicapai dalam usaha untuk menangani dan mengurangkan kecenderungan untuk melakukan gangguan seksual di tempat kerja.  Langkah yang diambil oleh beberapa syarikat besar boleh dijadikan sebagai contoh untuk dilaksanakan oleh syarikat lain.

Di Malaysia, gangguan seksual di tempat kerja berlaku tetapi sejauh mana dan berapa serius masalah ini berlaku belum dapat ditentukan.  Data mengenai gangguan seksual di tempat kerja di Malaysia belum lagi dibangunkan dengan lengkap. Sungguhpun begitu, tindakan telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membendung dan membasmi masalah ini dengan memperkenalkan satu kod amalan yang dinamakan "Kod Amalan Untuk Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja".

Akhir kata, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga kami ucapkan sekali lagi pada pihak yang terlibat untuk menyiapkan efolio ini. Kepada ibu bapa kami yang banyak menyokong, pensyarah kami sendiri iaitu Puan Wahidah binti Mat Said serta rakan rakan yang banyak memberi pendapat serta info terkini berkaitan topic yang kami kupas ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua.

4.0 RUJUKAN

Website/Blog:
Sinar Harian/Utusan


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Comments

  1. Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
    tenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
    mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
    mengecewakan kalian deh...

    yuk ikutan gabung bersama Pesonavip.com
    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup

    * Minimal deposit hanya Rp 20.000
    * Minimal tarik dana Rp 20.000
    * Dilayani oleh CS profesional dan ramah
    * 24 jam online
    * Proses Depo & WD super cepat
    * No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
    * kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :

    * PIN BBM : pesonaqq
    * WA : +85587984700

    Link Alternatif : Pesonavip.com

    Salam Sukses Pesonaqq.com

    ReplyDelete
  2. Bingung Cari Situs Judi Online

    Terpercaya ?
    Sering kalah Ditempat

    lain..? Mungkin disini KEMENANGAN ANDA

    !
    Situs Betting Terpercaya Dan Terbesar

    di ASIA SATUQQ

    Menawarkan | Fasilitas |

    Keunggulan
    Deposit & Withdraw Minimal Rp.

    20.000,
    Deposit & Withdrawal Super Cepat
    BONUS ROLINGAN 0.5 % Tiap senin
    BONUS

    REFERAL 20 % Seumur Hidup
    Customer

    Service Sopan & Ramah Siap Membantu
    Live

    Chat Responsif 24 jam
    Real Fair Play

    100%
    Server Tercepat di Asia Tanpa Lelet
    Jangan berpikir dua kali, Daftar

    sekarang juga dan nikmati fasilitas nya
    DAFTAR SEKARANG
    AYO MENJADI MILLIARDER DI

    SATUQQ*NET , SITUS AGEN POKER DAN DOMINO

    ONLINE YANG TERBAIK , TERPERCAYA DAN

    TERBESAR DI INDONESIA , DENGAN WIN RATE

    TERTINGGI

    Hanya Dengan 1 User ID Kamu

    Dapat Bermain 9 Permainan

    BANDAR66


    POKER


    BANDARQ


    SAKONG

    DOMINOQQ


    BANDAR99


    BANDARPOKER
    CAPSASUSUN


    PERANGBACARAT

    SIAPA BILANG MODAL KECIL TIDAK BISA

    MENANG BANYAK !
    HANYA DENGAN MODAL AWAL

    RP 20.000 SAJA !!
    ANDA BISA MENANG

    PULUHAN SAMPAI RATUSAN JUTA
    SUDAH

    TERBUKTI
    HANYA DI satuqq net YANG BISA

    BEGINI

    AYO TUNGGU APA LAGI BOSKU..
    BONUS

    CASHBACK MINGGUAN 0.5% TANPA SYARAT
    BONUS

    REFERRAL 20% SEUMUR HIDUP
    Minimal Deposit

    & Withdraw Hanya Dengan Rp 20.000
    Pelayanan Super Top, Cepat Dan Responsif

    Serta Sangat Ramah
    Proses Deposit Dan

    Withdraw Hanya Membutuhkan Waktu Terlama

    2 Menit
    100% PLAYER VS PLAYER ( NO BOT )
    Untuk Keterangan Lebih Lanjut,Anda Bisa

    Mengubungi Kami Melalui :

    -WA :

    +855964907457
    -LINE : SatuQQ
    - DAFTAR KLIK

    >>

    SATUQQ

    ReplyDelete

Post a Comment